Dagang News: PMW International meterai perjanjian taja jamin dengan KAF Investment menjelang IPO di Pasaran ACE
Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN
KUALA LUMPUR 22 Sept – PMW International Berhad memeterai perjanjian taja jamindengan KAF Investment Bank Berhad menjelang penyenaraian awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
PMW merancang menawarkan 178.41 juta saham biasa baharu melalui IPO dan 89.21juta saham sedia ada melalui tawaran jualan. Daripada saham baharu, 44.60 juta diperuntukkan kepada orang awam Malaysia, 22.30juta kepada pengarah, pekerja dan penyumbang PMW, manakala 111.51 juta diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI. Saham tawaran jualan pula diperuntukkan kepada pelabur terpilih melalui penempatan persendirian.
PMW dan anak syarikatnya terlibat dalam pembuatan tiang konkrit cerucuk, serta produk konkrit berkaitan yang digunakan dalam sektor penghantaran dan pengagihan tenaga,telekomunikasi, infrastruktur dan pembinaan di Malaysia serta pasaran antarabangsa. Ketika ini, PMW memiliki kilang pembuatan di Perak dan Sabah dan sedang merancangkilang baharu di Tanjung Manis, Sarawak bagi memperkukuh kapasiti pengeluaran diMalaysia Timur.
Hasil IPO akan digunakan untuk pembinaan kilang baharu, pembelian mesin dan peralatan, modal kerja, serta kos penyenaraian. Pengarah Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PMW, Lee Hon Hwa
berkata,syarikat teruja untuk memulakan fasa seterusnya dan perjanjian ini membawa syarikatselangkah lebih dekat kepada IPO, yang akan menyokong peluasan syarikat denganmembiayai strategi dan peluang yang telah dikenal pasti.
“Sepanjang 33 tahun lalu, kami telah membina asas yang kukuh serta rekod pencapaiandalam industri infrastruktur, daripada bekalan aksesori kepada pembuatan acuan, jenteradan produk konkrit.
“Dari pengeluaran hingga penghantaran, fokus kami sentiasa untuk menyediakan produkyang tahan lama, boleh dipercayai, dan memenuhi jangkaan pelanggan secara konsisten,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, PMW sedang mengembangkan operasi di Tanjung Manis untuk pembuatan tiang dan cerucuk berputar, yang membolehkan PMW memanfaatkan pembangunan infrastruktur pesat di Malaysia Timur.
“Pembangunan industri utiliti awam di Malaysia seperti telekomunikasi dan elektrik terusberkembang dengan sokongan kukuh kerajaan persekutuan.
Dengan peruntukansebanyak RM3.0 bilion bagi sektor utiliti di bawah Belanjawan 2025,
“PMW berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan momentum ini dan terus menyokong pertumbuhan infrastruktur negara,” katanya. Tambahnya, syarikat berhasrat memanfaatkan pertumbuhan sektor utiliti awam danpembangunan infrastruktur di Malaysia Timur, selain memacu pasaran pencahayaan domestik melalui anak syarikat, PMW Lighting.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KAF, Rohaizad Ismail berkata, pihaknya berbesar hati menjadi sebahagian daripada pencapaian penting ini, memandangkan PMW berada pada kedudukan kukuh untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan jangka panjang dalam industri tiang konkrit dan pencahayaan.
Syarikat dijangka disenaraikan pada pertengahan November 2025.
KAF bertindak sebagai penasihat utama, penaja, penjamin tunggal dan ejen penempatan tunggal bagi IPO syarikat itu. – DagangNews.com
